Loading
Bookmark and Share

Permohonan Tabung Pinjaman PTPTN Kelompok 1 & 2 Dibuka

afendy 5 posts

 

      BIL
      KELOMPOK
      TARIKH TUTUP PERMOHONAN ONLINE
      TARIKH PROSES
      (5 HARI BEKERJA)
      TARIKH KELULUSAN PERMOHONAN
      1
      Kelompok 1
      (IPTA/POLITEKNIK)  
      25/06/2009
      26/06/2009 – 02/07/2009
      03/07/2009
      2
      Kelompok 2
      (IPTA/POLITEKNIK/KTAR)  
      19/07/2009
      20/07/2009 – 24/07/2009
      27/07/2009
     
        2)       Pegawai/kakitangan PTPTN akan ke IPT untuk membuat semakan/kutipan dokumen tawaran/perjanjian/jaminan setelah permohonan pelajar diluluskan. Pelajar dikehendaki mencetak dokumen daripada laman web http://epinjaman.ptptn.gov.my  bila dah diluluskan dan menyediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap. Semakan permohonan boleh dibuat melalui laman web yang sama berdasarkan tarikh pada jadual di atas.
        3)       Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) diberikan kepada pelajar berdasarkan pendapatan ibu bapa/ penjaga di bawah RM3000 (data pelajar daripada UPU).
     
    PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN
     
      §                       Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa di peringkat pengajian berikut:-
            ü               Diploma                                                  
            ü               Ijazah Sarjana Muda
            ü               Ijazah Sarjana
            ü               Doktor Falsafah (PhD)
            ü               Kursus Profesional
     
      §                       Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pinjaman kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang  
                pinjaman terdahulu diselesaikan.
     
      §                       Pelajar yang telah menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah:-
     
          i)                     Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan, pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan tajaan peminjam tidak bertindih dengan PTPTN
          ii)                   Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan, pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan.
       
      §                       Bagi pelajar yang membatalkan pinjaman dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan
                disahkan pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima tajaan daripada mana-mana penaja.
     
    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
     
    Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
     
      §                       Pemohon adalah warganegara Malaysia;
      §                       Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
      §                       Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
      §                       Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
      §                       Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej
                Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
      §                       Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
      §                       Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang
                disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
      §                       Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun;
      §                       Pembiayaan pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin ;
    *           Mulai 18 Mei 2009, syarat simpanan wajib dalam SSPN sebelum layak memohon pembiayaan pendidikan telah tidak dikuatkuasakan.
      §                       Tidak mempunyai penaja lain; dan
      §                       Jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pembiayaan yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.
     
    PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN
       
      §                       Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu mendapatkan Nombor Pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5.00 . Nombor Pin BSN ini hanya sah digunapakai untuk tempoh 6 bulan daripada
                tarikh pembelian.
      §                       Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.
    Sebarang pertanyaan/kemusykilan, tuan boleh menelefon Callcentre PTPTN (03-2092 7788)   atau melalui emel   callcentre@ptptn.gov.my .  
    Sekian, terima kasih.